Panduan Lengkap Daftar dan Login idME KPM Untuk Ibu Bapa, Guru & Pelajar (2025)
Adakah anda masih keliru tentang cara daftar dan login ke sistem idME KPM ? Dalam entri ini, saya akan kongsikan secara lengkap dan mudah difahami tentang sistem idME, siapa yang perlu menggunakannya dan langkah-langkah daftar akaun secara online. Apa Itu idME KPM? idME ialah Sistem Pengurusan Identiti (Identity Management System) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Ia merupakan platform Single Sign-On (SSO) yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai sistem dan modul di bawah MOEIS (Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan) hanya dengan satu akaun. Contoh sistem yang boleh diakses menggunakan idME: e-Operasi APDM SPLKPM DELIMa eGTukar ePrasekolah dan banyak lagi. Siapa Yang Perlu Daftar idME? idME digunakan oleh pelbagai golongan termasuk: Guru & kakitangan sekolah – untuk sistem pengurusan pendidikan seperti e-Operasi dan SPLKPM. Ibu bapa / penjaga – untuk pendaftaran Tahun 1, semakan penempatan sekolah anak, pemanta...